haram ! jangan buat dah !

Assalamualaikum ^_*

Jabatan Mufti Perak telah mengeluarkan surat pekeliling bahawa tarian poco-poco diharamkan.



so ? 

no 3!

Assalamualaikum ^_*

nak cite sal KHJ ! heheee! jangan mara yeee... latest news ni KHJ tersenarai dalam top10 best korean drama actor! wah! sukenye! ternyata la kan pengaruh si KHJ ni kuat! jom tengok list best korean drama actor!

1. Jang Geun Suk – membawa watak Taekyung dalam drama, “You’re Beautiful.”kerjayanya bermula sebagai model dan seterusnya menjadi seorang penyanyi. berlakon jugak dalam “Mary Stayed out All Night” dan “Beethoven’s Virus.”

 comey lah ! ^_*

2. Won Bin – memegang watak Ji Hoon dalam, “Friends.” model jugak!. belakon dalam  “Autumn Tale” dan “Propose.”

 hensem !

3. Kim Hyun Joong - leader kumpulan SS501!(ce tengok pic sebelah kanan blog ni,kan de pic dorang!). memainkan watak sebagai Ji Hoo dalam “Boys over Flowers” yang menjadi saingan Gun Jun Pyo’s dalam perebutan cinta (cewah!)dalam “We Got Married” pon KHJ de jugak dan terbaru “Playful Kiss.” yang lagy terbaru dalam "Dream High" tapi cameo(pelakon undangan) je la!


 his smile make me feel ...... ! KHJ forever !

4. Lee Min Ho – pegang watak Gun Jun Pyo dalam drama bersiri, “Boys over Flowers,” jugak sebagai model dan penyanyi! kemunculan dy dapat lihat kat “Personal Preference” dan “I’m Sam.”

 ketinggian dy yang buat dy bertambah sweet.. huhu

5. Bae Yong Jun – sape xkenal mamat nih! Kang Joon Sang dalam “Winter Sonata”. “The Legend” dan  “Dream High.” pun dy de jugak!

 abang romantik !

6. Bi (Rain) – sape ta kenal rain kan Korean R&B singer, dia pon berlakon jugak . korang mesti suke dia dalam cite  “Full House.” kan ?  cite “Fugitive: Plan B” & “A Love to Kill.” pon dia ade jugak.. tapi aku tak tengok pon !

 penari yang hebat !

7. Kim Bum – si comel mata sepet !berlakon sebagai Dong Chul dalam“East of Eden.” aku suke sangat sangat Kim Bum dalam “Boys over Flowers”.

 aigoo ! so cute la ^_*

8. Joo Jin Mo – Joo bawak watak Nam Jae II dalam drama “Dream” dengan Kim Bum. dia pon ade belakon dalam “Fashion 70s” dan “Bicheonomu.”..(taktaw sangat la sal this guy )

ta kenal lah !(cian..)

9. Dennis Oh – hensem kot ! disebabkan dia ni kacukan so watak yang dia bawak pon nama mat saleh taw ! Mike Packard dalam “East of Eden.”. dalam “Witch Amusement” pon hensem guy ni belakon jugak dan sekarang tengah tayang lakonan terbaru “Fall In Love.”

abang hensem !

10. Kwon Sang Woo – jejaka badan sasa ni bawak 2 watak dalam cite  “Cinderella Man.” sebagai  Lee Joon Hee dan Oh Dae San . engat tak cite“Stairway to Heaven.”?? haa! hero tuu dia la!

abang sasa ! hehhe!

beratnye !

Assalamualaikum ^_*

BEIJING, China - Seorang kanak-kanak, Lu Hao yang berusia tiga tahun memiliki berat sebanyak 59.87 kilogram (kg), lima kali lebih berat daripada kanak-kanak seusia dengannya, lapor sebuah akhbar semalam.
Hao yang dilahirkan normal dengan berat badan hanya 2.6kg.
Bagaimanapun, dia membesar dari semasa ke semasa sehingga mencecah usia tiga bulan sehingga tubuhnya gemuk dan setinggi 107 sentimeter.
Selera makan kanak-kanak yang berasal dari wilayah Guangdong itu cukup tinggi apabila dia boleh menghabiskan tiga mangkuk nasi semasa waktu makan.
Menurut bapanya, Lu Yuncheng, tabiat pemakanan Hao lebih besar berbanding dia dan isterinya.
Keluarga Hao dilaporkan cuba untuk memantau amalan diet anaknya sejak dia berusia setahun.
Jelas ibu Hao, Chen Yuan, dia dan suami sebaliknya terpaksa akur dengan kehendak anaknya yang akan menangis tanpa henti jika tidak diberi makanan.
Keluarganya juga memasang jaring bola keranjang di halaman rumah dan membawa Hao melakukan aktiviti renang di sebuah sungai berhampiran bagi menggalakkan Hao melakukan aktiviti sukan supaya badannya kurus.
Namun, latihan yang dilakukan oleh Hao hanya membuatkan dia menjadi lebih lapar selain berat badan kanak-kanak itu terus meningkat.
Yuncheng telah membawa Hao ke hospital sebanyak tiga kali.
Seorang doktor menyatakan anaknya itu mengalami tumor di kepala manakala dua doktor lain menyatakan dia tidak mempunyai tumor.
Doktor juga mendakwa hormon kanak-kanak itu normal. Cuma, mereka tidak tahu punca Hao menjadi gemuk.
"Harapan terbesar kami adalah untuk melihat Hao kurus suatu hari nanti," jelas ibunya.

nak tengok gambo x?

 letih mau dukung nih!


today is...

Assalamualaikum ^_*

today is thursday! huhuhu.. n3 kali ni nak share ngan u'll sume pasal dunia sekarang.. of coz korang sume dah taukan but kite ni manusia selalu lalai dan leka ngan dunia..(including nad la)  memang xde manusia yang perfect melainkan Nabi Muhammad S.A.W.. dunia ni hanya sementara jee.. mungkin hari ni kite sihat gelak ketawa bersuke ria tapi esok?? posibility untuk kite hidup keesokan harinya xbanyak pon coz Allah boleh cabot nyawa kita bile2 mase je.. tengok la dunia sekarang ni..anak luar nikah bersepah2! dah sedap2 pastu buang je!lagy yang xberhati perot sanggup bakar baby tuu.. n benda tuu berlaku didalam negara islam! negara bukan islam tuu xpayah cakap la kan..gempa bumi plak dah menjadi-jadi sekarang ni.. seengat nad la kan sejak tsunami yang berlaku kat Achec 2004 arituu macam2 bencana alam yang jadi kat dunia ni.. terbaru kat Jepun la kan.. sape sangka negara maju cam Jepun tuu boleh kene tsunami.. Allah kalau nak balas bile2 mase je boleh wat xkire la negara maju ke x..

korang bacelah yang ni.. nad amik kat FB 

Bila matahari tidak lagi terbit dari timur itulah tandanya kiamat semakin hampir dan ianya merupakan tanda besar hari kiamat. Hari ini sudah banyak tanda-tanda kecil kiamat. Diantara kiamat kecil ialah:

1. Zina bermaharajalela
2. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik.
3. Bermaharajalela alat muzik.
4. Menghias masjid dan membanggakannya.
5. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
6. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
7. Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa.
8. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.
9. Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
10. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
11. Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
12. Orang akan melakukan homoseksual.
13. Akan terdapat ramai anak luar nikah.
14. Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
15. Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
16. Banyaknya berlaku gempa bumi.

Dan apabila melihat pada tanda-tanda kecil berlaku kiamat, maka jelas, diantara 1-16 itu jelas menunjukkan bahawa kiamat semakin hampir. Namun yang paling mengejutkan, tanda-tanda besar kiamat juga sudah ada. Yang paling ketara ialah matahari semakin menaik ke arah barat dan semakin meninggalkan timur.

Jepun,11 Mac 2011 negara matahari terbit telah dilanda tragedi tsunami Jepun dan kali ini ia merupakan paling dahsyat dalam sejarah negara mereka untuk tempoh 140 tahun. Kekuatan kali ini bukan calang-calang iaitu 8.9 skala Richter. Kejadian berlaku di timur laut Tokyo. Dan fenomena itu turut mengubah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu yang merupakan pulau utama Jepun itu berganjak sehingga 2.4 meter. 

Ini menunjukkan negara matahari terbit itu sedang mengubah kedudukannya. Maka fenomena ’Retrograde Motion’ yang pernah diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu semakin hampir. 

Dan ALLAH swt pernah berjanji bahawa hari kiamat akan tiba dan sesungguhnya ALLAH swt tidak pernah memungkiri janjiNYA.

Semoga kisah Tsunami di Jepun tidak lagi menjadi bahan kelakar. Jadikanlah kisah Tsunami di Jepun sebagai pengajaran buat kita. ALLAH swt baru menyampaikan IKLAN KECIL KIAMAT. Dan sesungguhnya, hari kiamat semakin tiba. Semoga kita tidak merasai hari kiamat dan kita dimatikan sebagai orang yang taat, dan tidak diaibkan pada Hari Kiamat.

 








yes! i can do it!

Assalamualaikum ^_*

yang ni plak nak cite sal keyakinan diri! cara-cara untuk bangkitkan keyakinan diri kite! keyakinan diri ini penting untuk kite menguruskan kehidupan kite dengan lebih berani... lau xde keyakinan diri ape yang kite wat mesti xjadi sebab kite raguragu dengan pe yang kite wat! so,mule dari sekarang kite hidupkan kembali keyakinan diri kite untuk kehidupan yang lebih produktif! 

10 Tips Mewujudkan keyakinan diri:-

  • Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain, tiada yang kurang dan tiada juga yang lebihnya.
  • Orang lain boleh buat, kenapa kite xboleh buat? Pedulikan apa orang nak kata tapi yang penting pelajari apa orang lain buat terlebih dahulu sebelum kita buat.
  • Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya. Jangan biarkan ia terus berkekalan tanpa ada sebarang usaha dari anda.
  • Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif. Berani!
  • Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat. Ketepikan! Tonjolkan diri anda.
  • Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang.
  • Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu. Ya saya boleh!
  • Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.
  • Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.
  • Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas. Masa itu emas! Setiap waktu berharga.
so?? cayok2! yes! i can to it! ^_*



dia jodoh kita!

Assalamualaikum ^_*


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

so?fikir-fikirkan lah adakah orang yang bersama kita sekarang ni benarbenar jodoh kita..(bagy yang belum berkahwin lah)

 

Petanda!

Assalamualaikum ^_*


nad pasti sume dah taw tentang badai tsunami yang melanda negara Jepun.. dan pastinya sume blogger ghairah untuk menceritekan tentang kisah tragis ini n im one of them! Pada jumaat yang lalu,Sendai timur laut Jepun telah dilanda badai tsunami setinggi 10meter dan gempa bumi 8.9 skala richter tepat jam 2.46 petang waktu tempatan (1.46 waktu Malaysia) selama dua minit dan telah mengorbankan ribuan nyawa! akibat gempa tuu jugak menyebabkan loji nuklear Jepun meletup dan menghasilkan asap tebal.. Sebelum gempa bumi ni terjadi terdapat kejadian aneh di Mexico di mana ribuan ikan sardin kelihatan di permukaan laut.. kini,negara kita di arahkan untuk siap sedia menghadapi amarah tsunami tersebut berikutan negeri Sabah telah merasai gegarannya.. walaupun negara berada di luar Lingkaran Api Pasifik tapi Malaysia berkemungkinan dilanda tsunami hasil tempias dari negara jiran seperti tsunami yang melanda Acheh 26 Disember 2004.. Apakah ini petanda dunia menuju akhir zaman?? bencana alam merupakan salah 1 tanda-tanda kecil akhir zaman.. sama-sama kita renungkan!








JB in Malaysia!

Assalamualaikum ^_*

ha! sape minat JB angkat tangan??!! c budak bawah umur ni nak wat konsert kat Malaysia taw!(lau dah taw,senyap2 keyh!) Penangan populariti JB terbukti bile tiket berharga RM498 dah sold out pada hari pertama  iaitu pada hari sidang akhbar sal konsert JB ni.paling best kan de sorg remaja ni,xtaw la sape kan beli sampai 10 tiket sekali gus n sanggup beratur dari pukul 4 pagi semata-semata untuk nak beli tiket konsert JB.. perghh! gile kayo! k sapesape yang nak tengok JB performe life sile la beli tiket konsertnyer!Tiket JB My World Tour in Malaysia dijual pada harga RM498, RM358, RM288, RM188 dan RM98(bagi aku punxpe,leh shopin!haha!) boleh dapatkan tiket ni kat www.airasiaredtix.com dan www.ticketpro.com serta di kaunter jualan AirAsiaRedTix dan TicketPro seluruh negara.JB Lives in MALAYSIA  n tiket pro n kat kaunter jualan AirAsiaRedTix dan TicketPro seluruh negara.so,peminat JB pe tunggu lagy..






MAKAN!

Assalamualaikum ^_*

pe kabo sume?? sihat ke? nad sentiase sihat! eyheyh? nad plak! ahh,bialah NN or nad orang yang same jugak! kali ni nak cite sal jamuan makan JTM minggu lepas hari khamis! jamuan tuu sempena bos nad,Pn.Azlina yang akan mengerjakan umrah bulan depan. so tak payah cite banyak jom jelingjeling gambar ni !

makan time!

kak tina ^_*

menu:dalca,jelatah,daging masak kicap,ayam masak merah n buah tembikai

dari kiri En.Hafizal,Kak Tina,Kak Wati n Kak Fiza

Baha n Kak fiza

Pasangan bahagie Kak Tina n Husbandnye!

c kiut miut Aleeya (Anak Kak liza)

dari kiri : Kak Liza,Kak Tina,Kak Ila,Kak Wati,Kak Fiza n c liut Aleeya

tuu la bos nad Pn.Azlina (tengah2 tu)

giler lah Baha makan banyak! huhu

dari kiri: Aimie,Amin,Wahyu n Shukor..
Wahyu tuu pekeje baru n yg lain tuu teman seperjuangan 

dari kiri S/U n YDP(tengah2 tuu)

kebosanan melanda!

Assalamualaikum ^_*

ohhh tidakkk! bosannyer! takk taw nak wat pe dah kat opis ni.. fesbuk pun makin lame makin bosan dah.. nak wat pe nih.. bosan! bosan! bosan!

ori beb!

Assalamualaikum ^_*

panasss gilerr! takpatut cakap cam tuu! petang tadi pas abis keje ontheway nak balek umah NN pegy topup jap.. mase tuu NN nampak la ade dua orang budak pempuan.. gayenye macam budak sekolah lagy.. takpe lah kan,NN pon buat bodo je lah! NN masok kedai nak topup.. tengah tulis no fon tuu tetibe makcik tuu tanya.. ade la sesi soal jawab cikit kan. meh kite bace!

makcik : mate kamu tuu pakai kontek lens ke??
NN : haa?? tak la.. (time nih dah kembang da,hahah)
makcik : cantekk mate kamu..
NN : eh,mana de la cik,biase2 je..(sengih je sambil bangga diri! hahha!)

pas topup tuu nadd terus nak balek.. then... de plak yang tak puas hati dengan NN.. nak tao dia cakap pe??

elehhh.. setakat pakai lens boleh la!

ish budak ni..nak je NN cepuk cikit.. tak padan dengan budak sekolah. tetibe nak dengki dengan pe hal kan.. pas tuu NN jeling kat budak tuu.. kasi nampak sikit mataku yang comel nih! haha!
Syukur Alhamdulillah dengan kurniaan Allah pada NN.. huhu..






NN BARU

Assalamualaikum ^_*

hai sume! NN ni kan orang baru dalam blogblog nih! NN tercetus nak wat blog ni pas tengok blog kawan NN..
ni blog dy.. zati ..then pastu pun NN mule la nak wat blog..macam best je kan! mulemule tuu memang taktaw pape pun pasal blog ni.. NN kene rajen xplore la kan.. sume benda kite kene xplore kalau nak taw lebih mendalam kankan??? NN suke tengok jumlah orang yang suke NN(visitor) makin lame makin ramai.. walaupun jumlah orang suke NN(visitor) dan follower tak seramai hanis zalikha tapi kire puas hati la kan.. semakin hari semakin ramai yang sudi jengukjenguk blog NN.. NN nak tambah lagy setting kat blog ni,tapi dalam proses nak blaja.. dalam dunie ni mana de yang mudah kan?? so ape yang penting kite kene rajen xplore dan bertanya! so,selamat membaca! ^_*

go chelsea go!

Assalamualaikum ^_*

hahaha! hari nie hepy disebabkan kekalahan MU! Chelsea menang 2-1! kahkahkah!! padan muke kau MU.. bajet kau bagos kan..sekali Chelsea bagi ,ha! padan muke!..NN ni layan la jugak bola.. setakat lampard,terry,drogba tuu kenal la..lau tanya lebihlebih NN xtaw la!huhuhu! meh kite tengok aksi-aksi terbaik CHELSEA

 Reaksi lampard selepas menjaringkan gol penalti

 
Lampard menjaringkan gol penalti


 Fernando Torres cube mengekang pihak lawan



his mine in my dream!

Assalamualaikum ^_*

 haha! gedik je title di atas! saje nak share"BF" NN main bola sepak! totally gorgeous! 
xmo cakap banyak dah! tengok je la gambar "BF" NN taw!



so? macam mana?? hansem ann "BF" NN! hehehe!